Rabu, 6 Oktober 2010

Baru beroperasi...

          Perpustakaan Desa Kg. Sungkap Para mula beroperasi pada 2 Mei 2010. Ia terletak di daerah Kuala Muda di Bukit Selambau kira-kira 20km dari bandar Sungai Petani. Perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut kesesuaian penduduk-penduduk disini antaranya pinjaman dan pemulangan buku, keratan akhbar, mencetak, bahan-bahan rujukan dan mengikut kehendak penduduk dari semasa ke semasa.

          Pada 10 Mei 2010, pendaftaran dibuka untuk penduduk kampung mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Hanya penduduk yang berdaftar sahaja dapat mengunakan semua perkhidmatan yang disediakan. Pendaftaran ahli terhad kepada penduduk kampung dan kawasan-kawasan sekitar 10-15km persegi sekiranya tiada perpustakaan lain yang berdekatan. Keahlian adalah PERCUMA dan dibahagi kepada 3 kategori iaitu:
  • Kanak-Kanak
  • Remaja
  • Dewasa
          Koleksi-koleksi yang terdapat di organisasi adalah mengikut seperti yang dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Antara koleksi tersebut ialah:
  • Buku-buku bacaan umum (pinjaman)
  • Buku-buku rujukan (kamus, atlas, biografi, ensiklopedia)
  • Buku-buku rujukan peperiksaan (UPSR, PMR, SPM dan STPM)
  • Cakera padat audio
  • Cakera padat video
Koleksi perpustakaan akan bertambah dari masa ke masa. Sebarang penambahan akan diumumkan kepada pengguna.

          Koleksi-koleksi perpustakaan disusun mengikut satu sistem perpustakaan yang dikenali sebagai Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification System). Sistem ini menggunakan nombor 3 angka bermula dari 000-900 yang merangkumi semua aspek-aspek seperti teknologi, agama, pengurusan dan lain-lain lagi. Berikut ringkasan kepada sistem tersebut:


SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY
000       PERKARA UMUM & KOMPUTER SAINS
100        FALSAFAH
200       AGAMA
300       SAINS KEMASYARAKATAN
400       BAHASA
500       SAINS JATI
600       TEKNOLOGI
700       KESENIAN & REKREASI
800       KESUSASTERAAN
900       SEJARAH, GEOGRAFI & BIOGRAFI


Berikut ialah sedikit gambaran mengenai perpustakaan tersebut.


Luar organisasi



Pandangan dari pintu utama

  
Kaunter pinjaman dan pemulangan














Sebarang maklumat mengenai perpustakaan seperti aktiviti, koleksi bahan dan yang berkaitan boleh di akses melalui blog ini dari semasa ke semasa.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan