Rabu, 14 Oktober 2020

E-Book

E-BOOK

 

Perpustakaan PBU turut menyediakan e-Book untuk pengguna-pengguna yang ingin mendapatkan cetakan yang terkini.


Klik pada link untuk muat turun...

MEETING 

 

 



Jumaat, 28 Januari 2011

Aktiviti Disember

Pada bulan Disember sebanyak dua aktiviti galakan membaca telah dijalankan dan telah berjaya menarik sebilangan pengguna untuk menyertai aktiviti tersebut. Kedua-dua aktiviti telah dijalankan di Perpustakaan Desa Kg. Sungkap Para.


  • Taklimat Kelab Sinar Pintar (14 Disember 2010)
Dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan Kelab Sinar Pintar kepada pengguna perpustakaan. Taklimat telah berjaya menarik sebilangan pengguna kanak-kanak yang ingin tahu tentang kelab tersebut. Ia hanya memfokus kanak-kanak yang akan menyertai kelab manakala fokus kepada mentor pula akan dijalankan dalam masa yang terdekat setelah borang pendaftaran Kelab Sinar Pintar diterima.

  • English Story-telling (30 Disember 2010)
Dijalankan bertujuan untuk memantapkan bacaan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun. Selain itu, ia adalah untuk menilai tahap pembacaan mereka samada meningkat dari yang sebelumnya yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tajuk buku yang ditentukan adalah berkaitan tentang sains dan teknologi bertujuan memudahkan mereka mengenal dan menyebut istilah sains yang pernah dipelajari di sekolah.

*Gambar disusun mengikut urutan aktiviti


















Selasa, 28 Disember 2010

Aktiviti November

Pada bulan November yang lalu, Perpustakaan Desa Kampung Sungkap Para telah mengadakan 2 aktiviti untuk kempen galakan membaca kepada semua pengguna. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti berikut:

  • Galakan keahlian perpustakaan (11 November 2010)
Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosi dan menggalakkan keahlian perpustakaan dikalangan kanak-kanak yang mencecah usia 7 tahun.  Disamping itu, aktiviti ini juga memberi pengenalan kepada mereka tentang jenis-jenis bahan perpustakaan dan peraturan-peraturannya.
  • Permainan tradisional (25 November 2010)
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memartabatkan permainan tradisional yang     menjadi salah satu dari kebudayaan rakyat Malaysia pada masa dahulu. Antara        permainan yang yang dilansungkan ialah congkak dan batu seremban.

Aktiviti-aktiviti tersebut mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pengguna-pengguna yang terdiri daripada ahli-ahli perpustakaan. Kumpulan sasaran untuk aktiviti-aktiviti tersebut terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti berlansung:

*Gambar disusun mengikut urutan aktiviti























Selasa, 2 November 2010

Aktiviti Oktober

Pada bulan Oktober yang lalu, Perpustakaan Desa Kampung Sungkap Para telah mengadakan 2 aktiviti untuk kempen galakan membaca kepada semua pengguna. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti berikut:

  • Taklimat Pengenalan Perpustakaan (13 Oktober 2010)
  • Mewarna Logo 1Malaysia (28 Oktober 2010)

Sambutan terhadap aktiviti-aktiviti tersebut amat mengalakkan. Peserta-peserta pada hari tersebut kebanyakkannya terdiri dari ahli-ahli perpustakaan. Kumpulan sasaran untuk aktiviti-aktiviti tersebut terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti berlansung:

*Gambar disusun mengikut urutan aktiviti













Rabu, 6 Oktober 2010

Baru beroperasi...

          Perpustakaan Desa Kg. Sungkap Para mula beroperasi pada 2 Mei 2010. Ia terletak di daerah Kuala Muda di Bukit Selambau kira-kira 20km dari bandar Sungai Petani. Perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut kesesuaian penduduk-penduduk disini antaranya pinjaman dan pemulangan buku, keratan akhbar, mencetak, bahan-bahan rujukan dan mengikut kehendak penduduk dari semasa ke semasa.

          Pada 10 Mei 2010, pendaftaran dibuka untuk penduduk kampung mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Hanya penduduk yang berdaftar sahaja dapat mengunakan semua perkhidmatan yang disediakan. Pendaftaran ahli terhad kepada penduduk kampung dan kawasan-kawasan sekitar 10-15km persegi sekiranya tiada perpustakaan lain yang berdekatan. Keahlian adalah PERCUMA dan dibahagi kepada 3 kategori iaitu:
  • Kanak-Kanak
  • Remaja
  • Dewasa
          Koleksi-koleksi yang terdapat di organisasi adalah mengikut seperti yang dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Antara koleksi tersebut ialah:
  • Buku-buku bacaan umum (pinjaman)
  • Buku-buku rujukan (kamus, atlas, biografi, ensiklopedia)
  • Buku-buku rujukan peperiksaan (UPSR, PMR, SPM dan STPM)
  • Cakera padat audio
  • Cakera padat video
Koleksi perpustakaan akan bertambah dari masa ke masa. Sebarang penambahan akan diumumkan kepada pengguna.

          Koleksi-koleksi perpustakaan disusun mengikut satu sistem perpustakaan yang dikenali sebagai Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification System). Sistem ini menggunakan nombor 3 angka bermula dari 000-900 yang merangkumi semua aspek-aspek seperti teknologi, agama, pengurusan dan lain-lain lagi. Berikut ringkasan kepada sistem tersebut:


SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY
000       PERKARA UMUM & KOMPUTER SAINS
100        FALSAFAH
200       AGAMA
300       SAINS KEMASYARAKATAN
400       BAHASA
500       SAINS JATI
600       TEKNOLOGI
700       KESENIAN & REKREASI
800       KESUSASTERAAN
900       SEJARAH, GEOGRAFI & BIOGRAFI


Berikut ialah sedikit gambaran mengenai perpustakaan tersebut.


Luar organisasi



Pandangan dari pintu utama

  
Kaunter pinjaman dan pemulangan














Sebarang maklumat mengenai perpustakaan seperti aktiviti, koleksi bahan dan yang berkaitan boleh di akses melalui blog ini dari semasa ke semasa.  

Selasa, 5 Oktober 2010

Aktiviti Ogos

          Setelah 3 bulan, barulah perpustakaan beroperasi sepenuhnya dengan utiliti dan kemudahan yang lengkap untuk menjamin keselesaan para pengguna. Pada bulan Ogos yang lalu sebanyak enam aktiviti telah dijalankan untuk kempen galakan membaca. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
  • Bengkel bercerita (4 Ogos 2010)
  • Bacaan tulisan Jawi (12 Ogos 2010)
  • English Story-telling (12 Ogos 2010)
  • Lawatan pelajar SJK (T) Sungkap Para (18 Ogos 2010)
  • Mewarna Jalur Gemilang(19 Ogos 2010)
  • Membuat Jalur Gemilang (26 Ogos 2010)
          Aktiviti-aktiviti tersebut mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pengguna-pengguna yang terdiri daripada ahli-ahli perpustakaan. Kumpulan sasaran untuk aktiviti-aktiviti tersebut terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti berlansung:

*Gambar disusun mengikut urutan aktiviti