Rabu, 6 Oktober 2010

Baru beroperasi...

          Perpustakaan Desa Kg. Sungkap Para mula beroperasi pada 2 Mei 2010. Ia terletak di daerah Kuala Muda di Bukit Selambau kira-kira 20km dari bandar Sungai Petani. Perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut kesesuaian penduduk-penduduk disini antaranya pinjaman dan pemulangan buku, keratan akhbar, mencetak, bahan-bahan rujukan dan mengikut kehendak penduduk dari semasa ke semasa.

          Pada 10 Mei 2010, pendaftaran dibuka untuk penduduk kampung mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Hanya penduduk yang berdaftar sahaja dapat mengunakan semua perkhidmatan yang disediakan. Pendaftaran ahli terhad kepada penduduk kampung dan kawasan-kawasan sekitar 10-15km persegi sekiranya tiada perpustakaan lain yang berdekatan. Keahlian adalah PERCUMA dan dibahagi kepada 3 kategori iaitu:
  • Kanak-Kanak
  • Remaja
  • Dewasa
          Koleksi-koleksi yang terdapat di organisasi adalah mengikut seperti yang dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Antara koleksi tersebut ialah:
  • Buku-buku bacaan umum (pinjaman)
  • Buku-buku rujukan (kamus, atlas, biografi, ensiklopedia)
  • Buku-buku rujukan peperiksaan (UPSR, PMR, SPM dan STPM)
  • Cakera padat audio
  • Cakera padat video
Koleksi perpustakaan akan bertambah dari masa ke masa. Sebarang penambahan akan diumumkan kepada pengguna.

          Koleksi-koleksi perpustakaan disusun mengikut satu sistem perpustakaan yang dikenali sebagai Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification System). Sistem ini menggunakan nombor 3 angka bermula dari 000-900 yang merangkumi semua aspek-aspek seperti teknologi, agama, pengurusan dan lain-lain lagi. Berikut ringkasan kepada sistem tersebut:


SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY
000       PERKARA UMUM & KOMPUTER SAINS
100        FALSAFAH
200       AGAMA
300       SAINS KEMASYARAKATAN
400       BAHASA
500       SAINS JATI
600       TEKNOLOGI
700       KESENIAN & REKREASI
800       KESUSASTERAAN
900       SEJARAH, GEOGRAFI & BIOGRAFI


Berikut ialah sedikit gambaran mengenai perpustakaan tersebut.


Luar organisasi



Pandangan dari pintu utama

  
Kaunter pinjaman dan pemulangan














Sebarang maklumat mengenai perpustakaan seperti aktiviti, koleksi bahan dan yang berkaitan boleh di akses melalui blog ini dari semasa ke semasa.  

Selasa, 5 Oktober 2010

Aktiviti Ogos

          Setelah 3 bulan, barulah perpustakaan beroperasi sepenuhnya dengan utiliti dan kemudahan yang lengkap untuk menjamin keselesaan para pengguna. Pada bulan Ogos yang lalu sebanyak enam aktiviti telah dijalankan untuk kempen galakan membaca. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
  • Bengkel bercerita (4 Ogos 2010)
  • Bacaan tulisan Jawi (12 Ogos 2010)
  • English Story-telling (12 Ogos 2010)
  • Lawatan pelajar SJK (T) Sungkap Para (18 Ogos 2010)
  • Mewarna Jalur Gemilang(19 Ogos 2010)
  • Membuat Jalur Gemilang (26 Ogos 2010)
          Aktiviti-aktiviti tersebut mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pengguna-pengguna yang terdiri daripada ahli-ahli perpustakaan. Kumpulan sasaran untuk aktiviti-aktiviti tersebut terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti berlansung:

*Gambar disusun mengikut urutan aktiviti


























Profil...

          Berikut ialah sedikit perkongsian maklumat mengenai organisasi. Maklumat ini bertujuan untuk pengguna, umum dan semua yang melayari blog ini mengetahui serba sedikit gambaran keadaan sebenar persekitaran organisasi seperti sumber pendapatan penduduk dan kemudahan yang tersedia.

PERPUSTAKAAN DESA
KAMPUNG SUNGKAP PARA, SUNGAI LALANG 08000, SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN (PD 2007)



Maklumat Ringkas

          Perpustakaan Desa Kampung Sungkap Para merupakan sebuah perpustakaan yang di bina oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan desa ini telah dibina pada tahun 2007 dan telah beroperasi pada 2 Mei 2010. Pendaftaran dan perkhidmatan pinjaman pula bermula pada 10 Mei 2010.

1. Tarikh mula operasi                          : 2 Mei 2010

2. Petugas                                           : Mohd Safani Bin Sahail
                                                            Pen. Peg. Perpustakaan S27
                                                          : Norhafiza Binti Saad
                                                            Pembantu Perpustakaan S17

3. Waktu beroperasi                            : 9.00pg - 6.00ptg

4. Pekerjaan penduduk                        :-
  • Petani
  • Penternak
  • Pekilang
  • Peniaga
  • Kakitangan Awam
  • Kakitangan Swasta


5. Kampung Berhampiran                       : Kampung Ladang Thye Seng

6. Sekolah/Prasekolah Berhampiran        :-
  • SMK Bukit Selambau
  • SMK Aman Jaya
  • SK Sungkap Para
  • SJK (T) Sungkap Para
  • Tadika KEMAS Sungkap Para
Gambar-gambar di bawah merujuk kepada persekitaran dan kemudahan yang tersedia:


SMK Aman Jaya
Surau Al-Hidayah, Kg. Sungkap Para



SJK (T) Sungkap Para
Tadika KEMAS Sungkap Para




 




SK Sungkap Para

Ladang getah









Ladang kelapa sawit
Ternakan lembu